Saturday 27 October 2012

Kamu Pencinta Setia @ Tidak? Jum,check it out :)







Assalamualaikum & selamat malam kawan :)
Salam aidiladha yaa semua.. 
hehe,x ramai plak yg on9 ne malam kan. besala oang beraya. raya la sangat. hahaha. kesian laa yg d perantauan kan. hahaha ;D pa bole bwt laa. huhu ~ sabar la nak yah! 
Erm,cukup bosan yah on9 ne mlm. huhu. ak p buka2 laa ne REMAJA punya page. terus2 kan aku jumpa ne naa. hihihi. best ne n sangat ngam laa ngan aku laa. x taw laa lau kmu kan. hehe. lau mau taw cek sendiri laa. kan SHARING IS CARING. hehe ~ 

JOM !!!!

1.Setiap kali kamu berdua keluar bersama, adakah kamu akan memakai pakaian daripada warna yang sama?
a. Ya.
b. Tidak.
c. Kadang-kadang.

2. Setiap kali berlakunya pergaduhan, kamu lebih banyak?
a. Menunjukkan protes.
b. Berdiam diri.
c. Tidak endah dengan apa yang diperkatakan.

3. Adakah kamu mempunyai kawan lelaki selain si dia?
a. Ada, hanya teman sekelas.
b. Tidak, kerana teman lelaki cemburu.
c. Banyak dan sangat rapat.

4.Walaupun pelbagai versi cerita tentang teman lelaki yang dikhabarkan kepada kamu agak negatif, kamu lebih selesa?
a. Melenting dan marah.
b. Selidik dan tanya dirinya.
c. Masih setia dan menyayangi dirinya.

5.Kamu pernah dipukul dan dimarahi teman lelaki dengan teruk sehinggakan perkara itu menjatuhkan maruah kamu, tindakan kamu?
a. Masih sayang dan setia.
b. Bertindak meninggalkan dirinya.
c. Lawan dan tidak sesekali tunduk.

6.Sepanjang bercinta, kamu pernah terkantoi dengan teman lelaki tentang?
a. Bermesej dengan lelaki lain.
b. Keluar dengan lelaki lain.
c. Memasang dua lelaki dalam masa yang sama.

7.Sepanjang mengenali dirinya, si dia banyak membuatkan kamu?
a. Bahagia dan gembira.
b. Sedih dan terluka.
c. Biasa sahaja.

8.Setiap kali kamu keluar, sekiranya ada lelaki kacak yang lalu pasti kamu akan?
a. Berpaling untuk melihat buat kali kedua.
b. Tidak kisah.
c. Teruja dan memberikan senyuman.

9.Tiga perkara yang menceritakan tentang kamu?
a. Suka berkawan, santai dan gembira.
b. Penyayang, romantik dan pemalu.
c. Baran, tidak suka dikongkong dan suka berkawan.

10.Sekiranya diberi pilihan, kamu akan memilih pasangan yang?
a. Kelakar dan romantik.
b. Baik dan beriman.
c. Nakal dan penyayang.

Ne jawapan nyaa geng !! Jengjengjeng ~~ :)


Jawapan A lebih banyak : Wow! Pencinta setia itu ialah kamu.
Walaupun kamu seorang yang nakal dan gila-gila tapi jiwa kamu sangat sensitif. Nampak macam kental dan tidak kisah tapi rupa-rupanya kamu kuat menangis. Kamu sukar menerima kenyataan apabila teman lelaki mula mengusik untuk mencari lain atau berkawan dengan perempuan daripada teman sekelasnya.

Kamu sangat cemburu. Sungguhpun begitu, kamu tetap setia dan langsung tidak menghiraukan mana-mana lelaki kacak yang datang dan cuba merapati kamu. Kamu tidak pernah endah dan melayan. Malah kamu hanya memandang sekali lalu sahaja. Teman lelaki tetap nombor satu di hati kamu! Si dia bertuah kerana memiliki kamu sebagai teman wanitanya.

Jawapan B lebih banyak : Setia namun masih mahu menggedik!
Susahlah teman lelaki kamu kerana mendapat kekasih yang suka berkawan tak mengira tempat ini. Jiwa kacau dibuatnya, yelah macam mana nak kawal kalau dah kamu memang suka berkawan. Kalau berkawan biasa-biasa tidak mengapa, ini tidak rapatnya
lain macam. Siapa yang tidak cemburu saat melihat kekasih bermesra dengan lelaki lain.

Cubalah kalau si dia yang berbuat seperti itu, apakah tanggapan kamu dan bagaimana pula reaksi kamu? Kalau boleh jagalah batas pergaulan antara kamu dengan lelaki lain. Jangan sampai si dia melafazkan kata putus ye. Awas!

Jawapan C lebih banyak : Tahap kecurangan melebihi kesetiaan!
Alamak! Apa nak buat ni? Kamu memang bukan jenis individu yang setia. Kamu sukar meletakkan hati kamu pada yang satu. Kalau boleh kamu nak bahagikan kepada ramai orang. Semua lelaki kamu nak jadikan pasangan hidup. Boleh dikatakan kamu tidak pernah puas dengan seorang lelaki sedangkan kamu sudah pun mempunyai teman lelaki yang sangat baik dan menyayangi kamu sepenuh hati. Sebaliknya kamu tidak pernah menghargainya malah menghancurkan hatinya pula. Si dia sangat mempercayai kamu tanpa meragui apa-apa pun tentang kamu. Di belakang si dia kamu mula bermain kayu tiga. Mulai saat ini cubalah belajar untuk menjadi pencinta setia.

Hahaha,taw suda kmu kan. Kalau gua terang-terang tdy paling byk jawapan A neh.hehe. dan penerangan nya sangat kena ok ngan gua. hahaha. unbelievable neh.huhu.tp apa2 pun semua ne sekadar kuiz buknnya betul pun. tp lau betul tuh pa bole bwt laa kan. besyukur laa dpt jdi setia ma pasangan anda. hehe. 
So,cukup laa satu kan jangan TAMAK :)

selamat malam n selamat mencuba! ^_^

 

2 comments:

  1. ei, bestnya kak. aku paling byk A, mengena ohh. ni kali lahh, hehe :D

    ReplyDelete
  2. ou ya kaa ? haha . ok laa tu, hihi :) kak pn sama jgk neh.. huhu..

    ReplyDelete